Wednesday 9 December 2015

Trip ke Pulau Jerejak

Salam sejahtera

Masih lagi dalam bercuti :-)

Pada 8 December saya dan keluarga, kakak ipar serta mertua telah pergi ke Pulau Jerejak, Pulau Pinang. Buat apa? Jalan-jalan aje.

Pulau Jerejak dulunya terkenal sebab ianya tempat tahanan penjenayah-penjenayah yang merbahaya.

Sekarang nie Pulau Jerejak dah di tukar menjadi tempat percutian. Terdapat sebuah resort di sana dan kebanyakan yang pergi ke sana adalah kerana berseminar atau ada program tema building yang anjurkan oleh syarikat-syarikat swasta.

Perjalanan dengan bot cuma mengambil masa 15 minit sahaja dari jeti. Tiket bagi dewasa adalah RM30, termasuk RM10 voucher makanan dan boleh mandi di kolam renang resort. 

Kanak-kanak pula bayaran bot adalah RM25, juga termasuk RM10 voucher makanan.
Sampai di sana anak-anak saya dan sepupunya main di swimming pool. Saya dan wife serta kakak ipar sempat ronda-ronda sekitar resort.

Antara gambar-gambar yang dapat saya rakam sekitar resort.

Pandangan dari jeti

Sekitar resort










Sebenarnya banyak juga aktivi yang ada seperti tracking , archery, berkayak dan flying fox. Bagi tracking guide diperlukan.

Saya dan anak sempat cuba archery. First time cuba...nampak mudah tapi perlu kekuatan tangan dan fokus.





Kesimpulan yang dapat saya buat, Pulau Jerejak sesuai bagi mereka yang sukakan adventure yang ringan-ringan. sesuai la untuk aktiviti hujung minggu.

Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment