Monday, 5 January 2015

Keperluan dan Kehendak

Salam sejahtera.

Apakah perbezaan antara keperluan dan kehendak? Atau keduanya adalah benda yang sama...

Sebenarnya keperluan dan kehendak itu adalah 2 perkara BERBEZA. Walaupun bunyinya macam sama tetapi sebenarnya jauh berbeza. Malah ada ejen Takaful sendiri yang keliru antara ke duanya.

Mari kita lihat dialog ini.

Seorang bapa bertanya kepada seorang ejen Takaful samada ejen itu boleh buatkan proposal untuk pendidikan IPT anaknya. ( Kehendak )
Ejen itu menjawab, "Boleh takde masalah tuan. Saya boleh buatkan. Tapi sudahkah tuan miliki perlindungan insurans untuk gaji tuan?" 
"Belum. Kenapa? Penting ke saya pun kena ada tuan?" tanya dia semula. 
"Penting tuan. Insurans pendidikan ni, bagi menyediakan dana bila anak tuan umur 20 tahun nanti, untuk masuk universiti.

Tapi, kalau tuan sakit kritikal dan hilang keupayaan untuk bekerja selama-lamanya, adakah majikan tuan masih bayar gaji tiap-tiap bulan?
"Errr... takde. Majikan bayar maksimum pun sampai 6 bulan je ikut akta Buruh.

"Kalau gitu, bagaimana tuan nak sara hidup anak tuan sampai dia dewasa? Makan minum dia, pakaian dan belanja sekolah dia. Perubatan dia".

"Errr... Saya pun tak tau" 
"Kalau saya boleh tunjukkan 1 cara yang MURAH & BERKESAN, untuk tuan pastikan keluarga tuan dapat gaji sama tiap-tiap bulan, tuan berminat tak?"

"Baiklah... macam mana tu?" 
Kehendak = Nak buat simpanan pendidikan
Keperluan (sebenar) = Perlu ada income replacement protection.

Harap anda jelas sekarang.

No comments:

Post a Comment