Sunday 30 November 2014

Asas Perancangan Keewangan Islam.

Salam sejahtera,

Pada 28 Nov 2014 yang lepas telah  diadakan ceramah berkenaan Islamic Financial Planning oleh En. Zamri Yahya, CMC MAA Takaful di Pejabat MAA Takaful Johor Baharu. Jadi di sini saya ingin berkongsi perkara-perkara penting yang saya rasa kita semua patut tahu.

Dalam ceramah tersebut En. Zamri telah menunjukkan pyramid Asas Perancangan Keewangan Islam seperti gambarajah di bawah.



Income protection


Di bahagian bawah sekali ialah perlindungan pendapatan  (income protection) atau pun boleh juga di sebut sebagai penggantian pendapaatan (income replacement), kemudian pelaburan dan pengumpulan harta seterusnya zakat dan akhir sekali Wasiat, Hibah & Faraid.

Ok, mari kita lihat sedikit huraiannya.

1.       Perlindungan pendapatan  (income protection) / penggantian pendapaatan (income replacement). Di sini bermaksud para suami perlu memastikan atau berusaha untuk menyediakan penggantian pendapatan bagi keluarga yang di tanggungnya sekiranya berlaku musibah pada si suami. Antaranya ialah kematian dan hilang upaya kekal iaitu lumpuh yang mana menghalang si suami dari menyediakan perbelanjaan kepada keluarga.

Contohnya, katalah setiap bulan suami bawa balik gaji sebanyak RM3000.00. Dengan duit gaji RM3000.00 inilah digunakan untuk membayar tempat tinggal (beli atau sewa), pengangkutan, makan, pakai dan sebaginya. Sekiranya si suami meninggal dunia atau hilang upaya kekal, maka duit RM3000.00 setiap bulan itu perlu di berikan kepada keluarga yang ditinggalkan.

2.       Pelaburan dan pengumpulan. Di sini bermaksud setelah perlindungan pendapatan di sediakan, barulah pelaburan dan pengumpulan harta dilakukan. Pelaburan di sini termasuklah Unit trust, tabung haji, emas atau pun apa juga bentuk pelaburan yang halal.

3.       Setelah harta di kumpul dan duit dari pelaburan diperolehi, maka kita WAJIB menunaikan zakat setelah syarat-syarat di penuhi.

4.       Dan akhir sekali jangan lupa membuat wasiat dan hibah bagi harta yang kita miliki bagi memastikan isteri dan anak-anak yang kita tinggalkan mendapat hak yang sewajarnya.

Itulah 4 perkara Asas Perancangan Keewangan Islam. Satu perkara yang menarik di sini ialah majority dari kita lebih menumpukan kepada perkara asas yang kedua iaitu pelaburan dan pengumpulan harta. Tidak dinafikan ianya suatu perkara yang baik dan tahniah diucapkan.

Tetapi sekiranya umur si suami tak panjang atau si suami ditimpa musibah yang mana mengakibatkan kecacatan, maka wang yang disimpan dan dilaburkan itu tidak dapat menanpung perbelanjaan harian seperti mana sebelumnya.

Di sebabkan itulah kita dapat lihat kisah-kisah di dada akhbar yang hampir setiap hari menceritakan kesempitan hidup disebabkan si suami ditimpa musibah.

Jadi bagaimana untuk menyediakan dana yang dipanggil  Perlindungan pendapatan  (income protection) atau pun penggantian pendapaatan (income replacement). Di sinilah Takaful memainkan peranan. MAA Takaful salah satu penyedia khidmat Takaful di Malaysia mempunyai plan yang membolehkan anda menyediakan dana untuk Perlindungan pendapatan  (income protection) atau pun sebagai penggantian pendapaatan (income replacement).

Hubungi agen Takaful di tempat anda dan sekiranya ingin menghubungi saya boleh la SMS IR ke 011-10739721.

Atau pun boleh juga berbual di Whatsapp/Telegram di 011-10739721.

Jumpa lagi.