Thursday 12 November 2015

Perancangan Keewangan Islam: Sesal dulu pendapatan...

Salam Sejahtera .

Pada kali ini saya akan share kisah ke 2  berkenaan perancangan keewangan Islam bagi golongan professional dengan senario 2: Sesal dulu pendapatan.

Sekiranya anda belum membaca senario 1, anda boleh membacanya di sini

Encik Taufik (bukan nama sebenar), seorang pengurus di Bahagian Perjawatan, Universiti Putra Malaysia telah ditemui beberapa kali oleh perunding Takaful untuk membeli program perlindungan pendapatan untuk keluarga beliau.

Encik Taufik yang berasal dan Kelantan, merupakan seorang yang warak dan kurang bersetuju dengan konsep perlindungan pendapatan melalui skim insurans dan takaful.

Selama hampir tiga tahun, sahabat beliau yang merupakan seorang perunding Takaful berusaha untuk memberi kesedaran dan menyakinkan beliau supaya menyertai dan membeli program perlindungan pendapatan keluarganya, tetapi beliau tetap dengan pendirian beliau.

Isteri Encik Taufik adalah merupakan seorang surirumahtangga sepenuh masa dan mempunyai 5 orang anak yang masih menuntut di bangku sekolah. Berkat keikhlasan dan kesungguhan sahabat beliau, akhirnya Encik Taufik bersetuju pada dasarnya untuk menyertai program perlindungan pendapatan keluarga yang disyorkan.

Namun begitu, beliau ingin merujuk terlebih dahulu kepada para alim ulama yang beliau kenali bagi meminta pandangan. Masa terus berlalu dan akhirnya beliau menyatakan persetujuan untuk membeli program perlindungan pendapatan keluarga sebanyak RM200,000 daripada saya. Beliau telah meminta kepada saya untuk memulakan program perlindungan pendapatan tersebut sehaik sahaja beliau kembali daripada mengerjakan haji.

Saya tersenyum gembira kerana usaha saya selama tiga tahun untuk menyakinkan Encik Taufik akhirnya berjaya. Saya tidak sabar menunggu beliau kembali dari Tanah Suci ke Malaysia untuk memulakan program tersebut. Sekembalinya Encik Taufik daripada Tanah Suci, saya telah menerima berita sedih kerana beliau telah disahkan menghidap penyakit barah hati yang kronik.

Kemudian dalam tempoh sebulan selepas pulang daripada menunaikan haji, encik Taufik telah kembali ke rahmatullah. Satu surat edaran memohon sumbangan ikhlas daripada orang ramai untuk keluarga Allahyarham Encik Taufik diedarkan dan saya memberikan RM50 dan jauh di dalam hati saya yakin yang jumlah kutipan tidak akan melebihi RMI,000 untuk membantu keluarga Allahyarham Encik Taufik.

Sungguhpun saya telah berjaya menyakinkan beliau namun saya begitu kesal kerana tidak dapat memberi perlindungan RM200, 000 kepada isteri encik Taufik yang tidak bekerja dan terpaksa menangg ung lima orang anak yang masih bersekolah.

Sekiranya pihak keluarga Allahyarham encik Taufik mengedarkan surat edaran memohon sumbangan kali kedua, saya bersedia menyumbangkan RM50 lagi dan berasa sedih kerana tidak berjaya memberikan RM200, 000 yang sangat diperlukan bagi melindungi keluarga tersayang.

Benarlah bak kata pepatah Melayu, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.