Tuesday 8 April 2014

Jualan Insuran Naik Mendadak!!

Salam Sejahtera,

Sebuah akhbar tempatan melapurkan penjualan insuran kemalangan penerbangan melonjak naik akibat dari peristiwa kehilangan pesawat Malaysia Airline System (MAS) MH370. Salah seorang penumpang berkata beliau tidak terfikir untuk mendapatkan insuran kemalangan penerbangan sebelum ini, tetapi peristiwa yang menimpa pesawat MAS MH370 telah membuatkan beliau rasa penting untuk mendapatkan insuran kemalangan penerbangan.

Walaupun untuk membeli insuran penerbangan sangat mudah tatapi tidak ramai yang membelinya kerana merasakan ianya tidak penting. Tapi selepas kejadian MH370 orang ramai yang menggunakan kapal terbang mula merasakan pentingnya mempunyai insuran kemalagan penerbangan.

Bagaimana pula dengan insuran lain seperti mempunyai medical card, income protection, cancer care dan lainnya?

Semuanya adalah penting. Tak perlu kita tunggu kejadian buruk berlaku pada kita atau kenalan kita baru kita ingin mendapatkan insuran/takaful, takut-takut ianya dah terlambat atau pun kita sudah tidak layak untuk memiliki insuran/takaful.

Pada masa itu sesalan sudah tidak berguna lagi...jadi betullah pepatah orang-orang tua kita dulu iaitu "Sesal dulu pendapatan...sesal kemudian tidak berguna"

Jadi sebelum terlambat dapatkan pelan insuran/takaful yang sesuai dengan anda dengan menghubungi agent-agent di tempat anda. Atau pun boleh menghubungi saya di no tel 011-10739721 (Call/SMS/Whatsapp)

Jumpa lagi

Monday 7 April 2014

Hari Kesihatan Sedunia

Salam Sejahtera.

Post yang pendek.

Sekadar ingin memberitahu yang hari ini 7 April 2014 merupakan Hari Kesihatan Sedunia.Maklumat lanjut mengenai Hari Kesihatan Sedunia boleh didapati di laman web WHO.
Jadi sama-sama kita menjaga kesihatan diri dan keluarga. Dalam pada itu jangan lupa mendapatkan medical card kerana kita tak tau bila kita akan sakit.

Di bawah ini disertakan gambar mengenai cara Nabi kita Muhammad s.a.w menjaga kesihatan

Satu lagi fakta yang tidak dapat dinafikan iaitu kos perubatan yang semakin meningkat saban tahun. Jadi dengan mempunyai medical card dapat mengatasi masalah kekurangan wang untuk mendapatkan rawatan.

Memang tidak dapat dinafikan yang di negara kita ada hospital yang disediakan oleh kerajaan dengan bayaran yang amat minimum.

Tetapi bilangan mereka yang menunggu untuk mendapatkan rawatan juga tinggi, jadi terpaksalah menunggu giliran.

Di bawah disertakan gambar berserta anggaran kos perubatan.