Thursday 24 December 2015

Salam Maulidur Rasul

Salam sejahtera,

Hari ini 24 December 2015 besamaan 12 Rabiiulawal 147Hijrah merupakan hari sambutan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Marilah kita memperbanyakkan selawat sebagai tanda kasih dan cinta kepada baginda.







Thursday 10 December 2015

Ronda-ronda Alor Setar

Salam sejahtera,

Pagi tadi saya dan keluarga sempat ronda-ronda di bandar Alor Setar. Ini merupakan first time saya ronda-ronda di bandar Alor Setar.

Perjalanan dari Pulau Pinang mengambil masa satu jam lebih. Distinasi pertama ialah Pekan Rabu, lepas tu Menara Alor Setar, Istana di Raja dan Rumah Tun Dr Mahathir.

Dengan menggunakan Waze tak susah nak cari tempat-tempat tu :-)

Ok, antara gambar-gambar yang sempat di rakam sebagai kenangan.


Bandar Alor Setar dari Menara Alor Setar

Selfie dari menara Alor Setar

Muzium Di Raja 




Rumah Tun Mahathir
Jumpa lagi.

Pandangan saya tentang movie The Good Dinasor

Salam sejahtera,

Dah tengok movie The Good Dinasor?
Semalam saya dan keluarga sempat menonton film ini di Queensbay mall, Pulau Pinang.





Cerita dia berkisar tentang sebuah keluarga dinasor yang mempunyai 3 orang anak. Salah seekor anaknya bersaiz lebih kecil dari abang-abang nya.

Ini menyebabkan dia menjadi seorang penakut. si bapa cuba membantu anaknya yang penakut itu untuk menjadi berani, tetapi malang minimpa bapanya.

Seterusnya bermulalah kisah bagaimana anak dinasor yang kecil itu menghadapi hari-hari dalam hidupnya.

Pada saya ia satu movie yang menarik, memang sesuai untuk anak-anak.

Banyak pengajaran yang boleh diambil. Cuma kita sebagai ibubapa kena memberitahu anak-anak kita bagaimana atau apa kaitan cerita itu dengan kehidupan seharian mereka.

Jumpa lagi.

Wednesday 9 December 2015

Trip ke Pulau Jerejak

Salam sejahtera

Masih lagi dalam bercuti :-)

Pada 8 December saya dan keluarga, kakak ipar serta mertua telah pergi ke Pulau Jerejak, Pulau Pinang. Buat apa? Jalan-jalan aje.

Pulau Jerejak dulunya terkenal sebab ianya tempat tahanan penjenayah-penjenayah yang merbahaya.

Sekarang nie Pulau Jerejak dah di tukar menjadi tempat percutian. Terdapat sebuah resort di sana dan kebanyakan yang pergi ke sana adalah kerana berseminar atau ada program tema building yang anjurkan oleh syarikat-syarikat swasta.

Perjalanan dengan bot cuma mengambil masa 15 minit sahaja dari jeti. Tiket bagi dewasa adalah RM30, termasuk RM10 voucher makanan dan boleh mandi di kolam renang resort. 

Kanak-kanak pula bayaran bot adalah RM25, juga termasuk RM10 voucher makanan.
Sampai di sana anak-anak saya dan sepupunya main di swimming pool. Saya dan wife serta kakak ipar sempat ronda-ronda sekitar resort.

Antara gambar-gambar yang dapat saya rakam sekitar resort.

Pandangan dari jeti

Sekitar resort










Sebenarnya banyak juga aktivi yang ada seperti tracking , archery, berkayak dan flying fox. Bagi tracking guide diperlukan.

Saya dan anak sempat cuba archery. First time cuba...nampak mudah tapi perlu kekuatan tangan dan fokus.





Kesimpulan yang dapat saya buat, Pulau Jerejak sesuai bagi mereka yang sukakan adventure yang ringan-ringan. sesuai la untuk aktiviti hujung minggu.

Jumpa lagi.

Tuesday 8 December 2015

Hujung minggu yang penuh dengan aktiviti.

Salam sejahtera.

Hujung minggu lepas 5 dan 6 December penuh dengan aktiviti. Sabtu bowling dan Ahad graduation day anak yang nombor 3.


Aktiviti bowling tu merupakan pertandingan bowling PC Section tempat wife saya bekerja, so saya dan anak-anak ambil kesempatan join sekali :-)

Sebenarnya menang dah lama tak main bowling, lebih dari setahun rasanya, so ada peluang cam nie, layan je lah.


Saya dan wife dalam kumpulan yang sama, manakala anak-anak main di lane kanak-kanak.


Saya di undi dalam kumpulan 7 dan siapa sangka dapat no 2. Terkejut juga sebab dalam game pertama markah saya cuma 90++, manakala game kedua markah saya cuma130. Not bad kan hahaha...maknanya yang lain dari teruk dari kita orang.

Isteri dan anak-anak begambar sebelum game.

 

Begambar  dengan hadiah tempat kedua.



Keesokan harinya pula adalah graduation day untuk anak ketiga. Zaman sekarang tadika pun ada graduation day huhuhu.


Program start pukul 11 pagi di Hotel Grand Paragon  dan berakhir lebih kurang pukul 2 petang.


Gambar-gambar sekitar Nazrin graduation day.