Hujung minggu yang penuh dengan aktiviti.
Salam sejahtera.
Hujung minggu lepas 5 dan 6 December penuh dengan aktiviti. Sabtu bowling dan Ahad graduation day anak yang nombor 3.
Aktiviti bowling tu merupakan pertandingan bowling PC Section tempat wife saya bekerja, so saya dan anak-anak ambil kesempatan join sekali :-)
Sebenarnya menang dah lama tak main bowling, lebih dari setahun rasanya, so ada peluang cam nie, layan je lah.
Saya dan wife dalam kumpulan yang sama, manakala anak-anak main di lane kanak-kanak.
Saya di undi dalam kumpulan 7 dan siapa sangka dapat no 2. Terkejut juga sebab dalam game pertama markah saya cuma 90++, manakala game kedua markah saya cuma130. Not bad kan hahaha...maknanya yang lain dari teruk dari kita orang.
Isteri dan anak-anak begambar sebelum game.
Begambar dengan hadiah tempat kedua.
Keesokan harinya pula adalah graduation day untuk anak ketiga. Zaman sekarang tadika pun ada graduation day huhuhu.
Program start pukul 11 pagi di Hotel Grand Paragon dan berakhir lebih kurang pukul 2 petang.
Gambar-gambar sekitar Nazrin graduation day.
No comments:
Post a Comment