Saturday 26 September 2015

Raya Haji dan jalan-jalan ke Kluang

Salam Sejahtera,

Sempena cuti Raya Haji kali ini, saya dan isteri bawa anak-anak jalan-jalan ke Kluang dengan menaiki keretapi. Sebenarnya dah lama juga plan nak ke Kluang naik keretapi.

Bukan apa, anak-anak tak biasa naik keratapi. Mereka ada juga ajak naik keretapi...nak rasa katanya.
Bagi saya sendiri, keretapi memang merupakan pengankutan utama sewaktu berulang dari Pahang ke Johor Baharu. Masa tu saya masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai.

Masa tu tahun 1998, masih tiada bas express dari Triang ke Johor Baharu. Jadi pengangkutan yang paling mudah ialah menaiki keretapi. Tambang pun murah RM9.80 dari Johor Baharu ke Triang. Kalau ambil tiket konsesi RM9.80 tu untuk dua hala...memang murah.

Cuma kena berebut untuk dapat tempat duduk...silap-silap tak dapat tempat duduk. Pengalaman yang paling saya ingat ialah saya terpaksa berdiri dari Gemas sampai ke Johor Baharu...memang siksa rasanya. Masa tu semua gerabak penuh, sampai duduk atas lantai. Jadi dah naik keretapi nie dah selalu sangat.

 Tapi disebabkan anak-anak nak merasa naik keretapi, so saya dan isteri layan jer. Tapi kenapa Kluang?

Pertama jarak. dari JB ke Kluang lebih kurang 2 jam saja dengan keretapi dan Kluang ada Kedai kopi di Stesyen keretapi Kluang yang popular tu. So sambil-sambil tu bolah minum kopi sekali. hihihi...

Lagi satu nak bawa anak-anak naik pengankutan awam. Perancanganya, pergi Kluang naik keretapi, balik JB naik bas express dan lepas tu naik teksi.

Sehari sebelum naik keretapi saya cari dulu maklumat berkenaan perjalanan keretapi, maklum la dah lama tak naik keretapi. Rupanya dah banyak berubah.


Untuk makluman website Keretapi Tanah Melayu ialah http://www.ktmb.com.my/ .

Jadual perjalanan terbaru KTMB boleh di muat turun di sini

So pada Sabtu 26 September 2015 saya lima beranak pergi ke Kluang dari Stesyen Kempas Baru. Keretapi sampai dari JB Sentral pada pukul 8.50 pagi. Anak-anak memang excited terutama yang kecil sekali umur 6 tahun,


Perjalanan ke Kluang mengambil masa 1 jam setengah sahaja. Sampai di Kluang minum kopi di stesyen keretapi Kluang...orang memang ramai sampai kena beratur.

Selepai breakfast jalan-jalan kat Parkson sekejap dan pukul 12.30 tengahari naik bas express balik ke JB. Kemudiannya naik Teksi ke Stesyen Keretapi Kempas Baru sebab kereta parking kat situ.

So selesai lah perjalan satu hari menaiki pengankutan awam.

No comments:

Post a Comment