Pada 25 dan 26 December yang lalu saya telah menghadiri satu training yg dinamakan Income Replacement training. Training tu telah diadakan di Pejabat MAA Takaful di Johor Baharu dan di kendalikan oleh En. Azhar Syari Azizan.
Training selama dua hari tersebut memang berguna kepada takaful konsultant seperti saya untuk memantapkan lagi ilmu berkenaan kegunaan takaful.
Tujuan training adalah untuk membolahkan seseorang konsultant memberi nasihat dan solution padd client, yang mana solution tersebut dapat menggantikan gaji atau pendapatan seseorang client sekiranya client di timpa musibah.
Kita biasa lihat kisah di akhbar-akhbar tentang kesusahan sesebuah keluarga apabila si suami selaku pencari rezeki yg utama, meninggal dunia ataupun hilang upaya kekal. Kisah-kisah seperti ini hampir setiap hari disiarkan di akhbar-akhbar utama.
Tak cukup dengan itu, terdapat juga rancangan di stesen-stesen TV yang menyiarkan masalah kesusahan sesebuah keluarga dan meminta simpati orang ramai. Dan alhamdulillah ramai yang menderma.
Dari satu segi pula, ini menunjukkan kegagalan seorang suami membuat perancangan sekiranya sesuatu musibah berlaku samada kematian atau pun hilang upaya kekal.
Mungkin ada yang menyatakan untuk membeli takaful itu mahal dan jumlah perlindungan pula sikit, saya tidak menafikan perkara ini. Bagi saya ini disebabkan agen-agen takaful yang hanya mementingkan sales dan komisen dan tidak membuat proposal yang dapat menyelesaikan masalah client.
Lagi satu, sikap client sendiri yang tidak ingin mengambil tahu tentang plan takaful yang diambil. Saya biasa berjumpa dengan prospect yang menyatakan yang dia dah ada takaful, tetapi bila di tanya berapa cover (jumlah perlindungan), jawabnya "tak tau lah, tapi aku bayar RM... sebulan".
Sikap sebegini juga lah yang membuatkan takaful dipandang serong, menipu dan sebagainya. Manakan tidak, sekiranya berlaku musibah(kematian) terhadap clientt tadi,
antara perkara yang pertama di cari oleh isteri dan anak-anak ialah sijil takaful, "arwah ada beli takaful dulu" katanya.
Bila di lihat jumlah perlindungan hanyalah RM50,000.
Soalannya berapa lama RM50,000 itu dapat menampung perbelanjaan keluarga tersebut. Itu belum lagi hutang-hutang yang di tinggalkan oleh arwah...
Jadi di sini, kesedaran tentang keperluan takaful itu penting, tetapi bukan setakat ambil takaful tetapi anda kena pastikan yang takaful yang anda ambil itu dapat menyelesaikan masalah keewangan anda sekiranya musibah datang.
Jadi kesimpulannya:
1. Kepada yang belum ada takaful - Cepat-cepat ambil takaful. Buat lah perbandingan dari 2 - 3 syarikat
2. Kepada yang dah ada takaful - Check adakah plan yang anda ambil sekarang dapat menyelesaikan masalah anda sekiranya berlaku sesuatu musibah.
3. Kepada konsultant2 takaful - Beri lah solution yang dapat menyelesaikan masalah client.
4. Kepada para Isteri - Pastikan suami anda mempunyai takaful yg mencukupi dan andalah penerima hibah.
5. Kepada anak-anak - Tanya bapa anda, "Ayah dah ada takaful?"
Jumpa lagi
Sekiranya ingin menghubungi saya boleh call/sms/whatsapp ke 011-10739721