Friday, 9 October 2015

Memahami apa itu takaful hayat?

Salam sejahtera.

Takaful Hayat ialah Jaminan Bertulis yang menanggung kerugian kewangan yang berlaku dalam hidup manusia. Ada jaminan takaful maknanya, ada pihak akan ganti-semula kerugian tersebut.
Takaful hayat melindungi keluarga anda

Ok, kita ambil contoh seorang lelaki,
Umur 30 tahun, 
Risiko kelas 2, 
Berpendapatan RM5,000 sebulan atau pun RM60,000 setahun.

Kalau income tahunan beliau RM60,000, maka dia perlukan modal RM750,000 dengan anggaran pulangan pelaburan 8% setahun. 

Dalam erti kata lain, kalau ada RM750,000 dan labur semula pada kadar 8%, akan dapat pulangan RM60,000 tiap tiap tahun.

Faedah ideal bagi Takaful Hayat adalah seperti berikut:


  • 2,000 Khairat kecemasan utk belanja kebumi (dibayar dalam 24 jam)
  • 5,000 Khairat tambahan utk upah haji, qurban, waqaf
  • 750,000 Harta pusaka utk dihibahkan
  • 750,000 Gantirugi hilang upaya kekal & keseluruhan (TPD)
  • 220,000 Gantirugi Penyakit Kritikal 46 jenis (Hampir 4 tahun gaji tahunan)
  • 50,000 Tambahan kalau mati/TPD kemalangan
  • 50,000 Tambahan kalau cacat 1 anggota badan utama kerana kemalangan
  • 500 seminggu elaun cuti sakit kemalangan
  • 170 sehari elaun hospital (5,100 sebulan)

Perlindungan hingga umur bersara 60 tahun
--------------------

  • Caruman Bulanan RM380
  • Tambah Medical Kad Hospital
  • 5,000 Khairat Kematian
  • 300 sehari kadar bilik wad
  • 200,000 Had perubatan tahunan
  • 10 juta Had perubatan seumur hidup
Perlindungan hingga umur 80 tahun
-------------------

  • Caruman Bulanan RM104 (Quarterly)
  • Kalau takde claim, diskaun 20%
  • Renewal Bulanan RM84 (Quarterly)
  • Caruman Tahun pertama RM484
  • Renewal Tahun kedua RM464
  • Bawah 10% Gaji 5,000 sebulan
Nak tau pelan MAA Takaful hebat atau tidak, cuba tanya ejen-ejen syarikat lain. Boleh tak mereka offer faedah lebih baik dari ini dengan caruman sebegitu?

Itulah kelebihan Takaful Hayat yang terdapat di MAA Takaful. Call/SMS/Whatsapp saya 011-10739721 untuk berbual-bual pasal Takaful Hayat.

Wednesday, 7 October 2015

Perancangan Keewangan Islam bagi golongan Professional

Salam sejahtera,

Perancangan kewangan Islam adalah diasaskan daripada kisah Nabi Yusuf A.S. di dalam AI-Quran Nur Karim yang menyuruh Raja Mesir rnenanam tanam- tanaman selama tujuh tahun yang subur dan menyimpan sebahagian daripadanya kecuali sedikit untuk dimakan. 


Selepas itu akan datang tujuh tahun yang amat sukar, yang menyebabkan rakyat Mesir terpaksa memakan hasil tanaman yang disimpan sepanjang musim kemarau tersebut. 

Perancangan kewangan Islam boleh didefinisikan sebagai satu kaedah yang komprehensif dalam penghasilan, pengumpulan, perlindungan, pembersihan dan pembahagian harta mengikut lunas-lunas syariah dalam mencapai al-falah.

Perancangan kewangan Islam kepada golongan profesional boleh dibahagikan kepada lima bahagian iaitu:


  • Perlindungan pendapatan keluarga.
  • Dana pendidikan anak -anak.
  • Pelalaburan strategik.
  • Program persaraan selesa
  • Dan pengagihan dan pewarisan harta.

Perancangan kewangan lslam adalah berbeza dan lebih komprehensif daripada perancangan kewangan konvensional kerana ianya turut mencakupi bukan hanya kehidupan di dunia malah kehidupan di akhirat. 


Ayat Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat ke 240 menggambarkan betapa lslam sangat rnenekankan supaya si suami dapat menjamin isteri dan anak-anak dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan tinggal di rumah mereka dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun selepas kematian suami. 

Seterusnya Rasulullah dalam sebuah hadis merninta para suami supaya dapat rnemastikan isteri dan anak-anak yang ditinggalkan berada salam keadaan yang kaya dan dapat menjalani kehiaupan yang lebih baik, bukannya miskin dan melarat selepas kematian suami sebagai ketua rumahtangga. 

Seorang suami hendaklah mempunyai harta atau wang tunai yang mencukupi untuk ditinggalkan kepada keluarga sekiranya suami meninggal dunia. Dalam konteks ini, suami digalakkan membeli program perlindungan takaful yang mencukupi dan disemak setiap tahun bagi memastikan wang perlindungan daripada program takaful itu dapat menjamin gaya hidup yang biasa dilalui bagi isteri dan anak-anak. 

Berikut adalah beberapa senario program perlindungan pendapatan keluarga yang sesuai untuk golongan professional: 

Senario 1: 10% Simpanan Melindungi 100%

Pendapatan.Seorang anak muda bernama Zulkarnain (bukan nama sebenar) merupakan bekas pelajar ljazah Sains Kejuteraan Elektronik daripada Universiti Putra Malaysia. 

Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan kreatif dan anak sulung daripada tujuh orang adik beradik yang kehidupan mereka adalah sangat daif. Encik Zulkarnain bekerja sebagai seorang jurutera elektronik di Sime Darby Berhad dengan pendapatan RM1,800 sebulan.

Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab kepada kedua ibubapanya, beliau mengirimkan RM400 sebulan untuk perbelanjaan keluarga di kampong. Belìau pernah berkata kepada ibunya,"lnsyaAllah, Zul akan membantu keluarga selagi ada hayat Zul." 

Mohd Jefree, seorang perunding kewangan dari MAA Takaful, merupakan sahabat karib Zulkarnain yang sama-sama tinggal di Kolej Kediaman ke Tujuh, Universiti Putra Malaysia. 

Mohd Jefree telah mencadangkan supaya Encik Zulkarnain menyimpan 10% daripada pendapatan bagi melindungi 100% pendapatannya dengan membeli program perlindungan pendapatan sebanyak RM150,000 dengan bayaran premium sebanyak RM150.00 sebulan. 

Demi rasa tanggungjawab kepada keluarga tercinta, Encik Zulkarnain telah bersetuju dan membeli program perlindungan keluarga sebanyak RM150,000.Ditakdirkan Allah SWT, dalam perjalanan ke pejabat, Encik  Zulkarnain yang menunggang motorsikal telah ditimpa kemalangan dan meninggal dunia.

 Mohd Jefree telah rnenghubungi Encik Makmun (bukan nama sebenar), ayah kepada Encik Zulkarnain untuk menguruskan tuntutan program perlindungan pendapatan Allahyarham Encik Zulkarnain yang berjumlah RM150,000 itu. 

Selepas beberapa bulan, wang perlindungan pendapatan keluarga RM150,000 berserta RM50,000 daripada program perlindungan berkelompok kepada keluarga Encik Makmun. Encik Makmun telah menggunakan wang tersebut dengan penuh bijaksana.Sebahagian daripada wang tersebut digunakan untuk membeli tanah seluas 15 ekar untuk tujuan pertanian. Sebanyak RM50,000 digunakan untuk membuka kedai barang-barang binaan 

Setelah tiga tahun masa berlaku Encik Makmun telah menghubungi Mohd Jefree untuk datang berhari raya dan berjanji bertemu di Petronas Simpang Tiga, Ijok. 

Alangkah terperanjatnya Mohd Jefree apabila Encik Makmun yang satu ketika dahulu berasal daripada sebuah keluarga yang daif, hari ini datang dengan menaiki sebuah kereta Mercedes Benz. 

Benarlah kata Allahyarham Zulkarnain yang beÌiau akan membantu keluarga selagi ada hayatnya. Mohd Jefree tersenyum bangga kerana telah dapat menunaikan hasrat sahabat karibnya, Allahyarham Zulkarnain yang sangat bertanggungjawab dan menyayangi keluarganya. 

Oleh itu, ikutilah perancangan keewangan Islam, simpanlah 10% dari pendapatan kita bagi menjamin 100% pendapatan demi kelangsungan hidup keluarga tersayang.

Jumpa lagi.