Sunday, 15 December 2013

Fatwa Berkenaan Insuran Nyawa.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Persoalan yang biasa didengar bila mempekatakan tentang Insuran dan Takaful ialah apakah perbezaannya.

Jawapan yang paling mudah ialah Takaful itu halal manakala Insuran itu haram. Kenapa Insuran itu haram?

Jawapannya saya petik dari Website Rasmi Fatwa Malaysia yang memutuskan Insuran itu haram kerana mengandungi unsur-unsur gharar (ketidak-tentuan), unsur judi dan mengandungi muamalah riba. Oh ya! Fatwa ini dikeluarkan pada tahun 1979!

Anda boleh baca lebih lanjut melalui link di bawah.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/insurans-0

Jumpa lagi.

Sunday, 1 December 2013

Bagaimana Takaful Haji Dapat Membantu Anda Menunaikan Ibadat Haji.

Assalamualaikum,

Musim haji baru saja berlalu dan diharapkan semua jemaah mendapat haji mabrur. Anda pula bagaimana? Tak teringin ke nak menunaikan Haji? Saya percaya anda teringain dan mempunyai niat untuk menunaikan ibadat haji.

Malahan mejority umat Islam mempunyai niat untuk menunaikan haji. Ya, niat itu penting dan dengan niat betul insyaAllah Allah akan makbulkan.

Namun begitu apa yang menghalang kita dari mununaikan ibadat haji? Antara halangannya ialah wang, masa dan terpaksa menunggu giliran. Berita terbaru amat mengejutkan bila Menteri yang berkenaan menyatakan yang umat Islam Malaysia perlu mununggu 50 tahun baru dapat menunaikan ibadat haji. 

Ini bermakna sekiranya anda mendaftar pada hari ini untuk menunaikan haji  dengan Tabung Haji, anda hanya dapat menunaikan haji pada tahun 2063!!!

Anda kiralah sendiri berapa umur anda pada masa tersebut. Ini disebabkan terpaksa menunggu giliran. Namun dengan niat yang ikhlas insyaAllah impian kita akan tercapai.

Tetapi niat yang ada perlu ditambah dengan usaha yang bersungguh-sungguh dengan mengambil segala peluang yang ada didepan mata kita. Antara peluang yang ada didepan mata kita adalah program Takaful Haji yang ditawarkan oleh MAA Takaful. Program Takaful Haji ini bukanlah untuk menyaingi Tabung Haji malah ia adalah pelengkap kepada simpanan haji yang anda ada sekarang.

Teruskan membaca untuk mengetahui tantang Takaful Haji yang di tawarkan oleh MAA Takaful.

Untuk menunaikan haji kita mempunyai 2 cara iaitu dengan cara muhassasah atau swasta. Muassasah bermaksud ikut giliran. Manakala swasta pula sekiranya anda mempunyai duit lebih anda boleh menunaikan haji lebih awal, namun wang yang diperlukan adalah jauh lebih tinggi berbanding menggunakan tabung haji.

Jadi MAA Takaful memperkanalkan pakej TAKAFULINK HAJJ yang mana ia merupakan satu pelan perlindungan, simpanan dan pelaburan yang terbaik untuk anda dan orang tersayang. Ini kerana plan ini memberi perlindungan untuk anda, juga simpanan bagi menunaikan ibadat haji.

Menyimpan wang untuk ke Tanah Suci adalah satu usaha yang murni. Namun langit tidak selalunya cerah, suatu yang tidak diingini mungkin berlaku. Kematian di awal usia atau lumpuh akan menyebabkan usaha untuk menyimpan wang ke Tanah Suci terhenti dan sudah tentu hajat ke Tanah Suci terkubur.

Dibawah pelan TAKAFULINK HAJJ anda boleh merancang untuk menyimpan dengan lebih efisyen, disamping menikmati PELBAGAI FAEDAH dan MANFAAT yang tidak terdapat di Institusi Kewangan lain, iaitu :-

1-Simpanan + Dividen
2-Dana Hibah (Untuk Kematian & Hilang Upaya Kekal) Minimum RM20,000
3-Dana Badal Haji/Upah Haji + WAQAF + QURBAN (RM5000,00)
4-Khairat Kematian (RM2000,00)
5-Dana Ziarah (Untuk Kematian & Hilang Upaya Kekal Yang Berlaku Di Tanah Suci) +RM 20,000
6-Pelepasan Cukai Sehingga RM 6000.00
7-Dividen Tahunan (Anggaran : antara 9% ke 16%)
8-Tabung Penyakit Kritikal : Melindungi 46 Jenis Penyakit Kritikal
9-Pengecualian Caruman : Simpanan diteruskan oleh MAA Takaful jika pencarum terkena salah satu penyakit kritikal
10-Elaun wad - elaun harian jika dimasukkan ke hospital atas sebarang penyakit
11-Kad Perubatan - tanpa had seumur hidup dan tiada ko-takaful

"TAKAFULINK HAJJ ISTIMEWA DENGAN PAKEJ HIBAH-Simpanan & Pampasan 100% Milik Penama Tanpa Perlu Di Faraid Atau Melalui Amanah Raya"

*PERLINDUNGAN BERGANDA JIKA BERLAKU KEMATIAN/LUMPUH DI ARAB SAUDI

Segala pertanyaan lanjut sila hubungi saya (call/SMS/Whatsapp) terus di talian:

011-10739721
Thalib
Perunding Takafulink Hajj
email : muthalib.maatakaful@gmail.com

Secara ringkasnya, dengan pakej Takaful Haji, anda dapat menunaikan haji lebih awal, dan sekiranya anda dijemput oleh Allah lebih awal keluarga anda akan mendapat wang simpanan dan yang lebih penting keluarga anda tidak risau kerana MAA Takaful akan menguruskan badal haji untuk anda.

Jadi keluarga yang di tinggalkan akan merasa lebih tenang.

“ANDA PERLUKAN TAKAFUL BUKAN KERADA ANDA AKAN MATI, TETAPI KERANA SESEORANG PERLU TERUSKAN HIDUP SELEPAS KEMATIAN ANDA”

Fikir-fikirkan...

Saturday, 28 September 2013

Hari Jantung Sedunia 29 September 2013

Selamat Sejahtera semua dan selamat berhujung minggu.


Semasa melayari internet tadi baru saya terperasan yang hari ini 29 September 2013 adalah hari jantung sedunia yang di sambut sejak dari tahun 2000 lagi. Tarikh 29 September telah di pilih sebagai tarikh sambutan Hari Jantung Sedunia pada setiap tahun.

Pada tahun ini tema sambutan adalah "prevention and control of cardiovascular disease (CVD) with a focus on women and children" . klik sini untuk maklumat lanjut berkenaan dengan tema Hari Jantung Sedunia bagi tahun ini.

Pada masa kini serangan jantung boleh berlaku pada usia muda iaitu seawal 30an, ini disababkan gaya hidup yang berkaitan dengan pemakanan kita yang menyumbang kepada serangan jantung.

Bagi yang berusia 40an kerajaan telah menyedaia pakej pemeriksaan kesihatan secara percuma. Jadi ambil lah peluang ini untuk periksa tahap kesihatan kita.

Kos perubatan bagi penyakit jantung juga semakin meningkat tahun demi tahun. Jadi nak tak nak kita perlu menyedia dana bagi menampung kos rawatan atau pembedahan akibat dari sakit jantung.

Salah satu cara ialah dengan mengambil medical card yang di tawarkan oleh syarikat-syarikat insuran dan takaful di Malaysia.

Sebagai orang Islam, kita perlu memilih system takaful kerana ianya mematuhi syarak. Hubungi rakan anda yang menjalankan perniagaan takaful untuk mengetahui plan yang ada.

Anda juga boleh menghubungi saya di numbor 011-10739721 sekiranya ada pertanyaan berkenaan medical card yang ditawarkan oleh MAA Takaful. Anda boleh call, sms, whatsapp atau menggunakan applikasi LINE untuk menhubungi saya.

Anda juga boleh mengikuti saya di Facebook dengan search Thalib MAA Takaful atau kilk di sini https://www.facebook.com/TakafulOnline.


Akhir sekali, jom kita sayangi jantung kita agar kita tidak menyusah orang yang kita sayang.

Hello world!

Hello world, this is my 1st post for this blog...thalibmaatakaful.blogspot.com

Hello world, ini adalah post pertama saya untuk blog thalibmaatakaful.blogspot.com