Showing posts with label MAA Takaful Johor. Show all posts
Showing posts with label MAA Takaful Johor. Show all posts

Wednesday, 27 April 2016

Apa peebezaan MRTT dgn MLTT

Petang tadi waktu minum2 dengan client,client tanya saya untuk dapatkan penjelasan lanjut "apa beza MRTT dan MLTT ?", sebab dia bercadang ingin membeli rumah tahun ni..

Disini saya ingin berkongsi sekali dengan kawan2 FB

Insurance Rumah ada 4 jenis

MRTT vs MLTT vs MRTA vs MLTT
===========================

Setiap produk ada kelebihan & kelemahan masing2.

MRTT - Mortgage Reducing Term Takaful
MLTT - Mortgage Level Term Takaful
MRTA - Mortgage Reducing Term Assurance ( Conventional )
MLTA - Mortgage Level Term Assurance (Conventional).

Mengikut Kewangan Islam kita di gesa pilih Takaful kerana harta-harta kita akan jadi darah daging kita / keluarga jugak suatu hari nanti.

Jadi di sini, perbandingan yang jelas adalah sama ada MRTT atau MLTT.

⚡KELEBIHAN MRTT

1. Bayar sekali sahaja
2. Ada perkongsian keuntungan selepas polisi tamat.
3.Boleh di masukkan kedalam pembiayaan rumah tetapi akan dikenakan interest bank selama tempoh pinjaman.

⚡ KELEBIHAN MLTT

1. Boleh buat pilihan bayaran berkala samada bulanan,suku tahun,setengah tahun atau setahun, mengunakan tunai ,cek atau kad kredit tanpa sebarang faedah bank.
2.Ada nilai Tunai sepanjang perlindungan dengan pulangan 6-10% setahun.
3. Nilai perlindungan tidak berkurang seperti MRTT, dan boleh meletakkan term hingga 80 Tahun.
4. Boleh pindah milik ke hartanah2 lain untuk next property.
5. Ada nilai simpanan. Boleh pakai untuk kegunaan peribadi/loan settlement.
6. Perlindungan Penuh ;
     - Kematian
     - Hilang Upaya
     - Sakit Kritikal
     - Simpanan
7.Sekiranya berlaku kematian penerima boleh diberikan kepada sesiapa sahaja kerana MLTT menggunakan Konsep HIBAH.
8. Boleh attach dengan perlindungan lain seperti elaun hospital dan kemalangan
9. Boleh dijadikan sebagai pelepasan cukai.

🔥 KELEMAHAN MRTT

1. Hanya cover Kematian & Hilang Upaya sahaja dan perlindungan untuk tempoh pinjaman sahaja.
2.Tiada nilai tunai sepanjang perlindungan
3. Tidak boleh di pindah milik. 1 Property 1 polisi. Jika refinance rumah kena buat Polisi baru. Bergantung kepada umur & keadaan kesihatan.
4. Nilai perlindungan berkurang. Bergantung kepada nilai pinjaman serta tempoh pinjaman sahaja.
5.Kekurangan MRTT penerima hanya bank dan tertaluk kepada faraid kerena rumah simati adalah harta pusaka.
6.Caruman Tunai akan masuk dalam pinjaman,maka akan dikenakan faedah bank selama tempoh pinjaman
7. Memerlukan kesihatan yang baik untuk memohon jumlah perlindungan yang besar

🔥 KELEMAHAN MLTT

1. mahal sedikit kerana mempunyai nilai simpanan.
2. Perlukan komitmen sepanjang tempoh perlindungan.
3. Perlu memastikan kesihatan anda sihat sebelum memohon.

***************************************
Tiada paksaan untuk orang memilih sama ada MRTT @ MLTT. Bank juga tidak ada kewajipan bagi peminjam loan property untuk Sign Up MRTT dengan mereka.

Kredit kepada Daud Bin Moslim

Wednesday, 6 January 2016

Salam sejahtera.

Pada 25 dan 26 December yang lalu saya telah menghadiri satu training yg dinamakan Income Replacement training. Training tu telah diadakan di Pejabat MAA Takaful di Johor Baharu dan di kendalikan oleh En. Azhar Syari Azizan.

Training selama dua hari tersebut memang berguna kepada takaful konsultant seperti saya untuk memantapkan lagi ilmu berkenaan kegunaan takaful. 

Tujuan training adalah untuk membolahkan seseorang konsultant memberi nasihat dan solution padd client, yang mana solution tersebut dapat menggantikan gaji atau pendapatan seseorang client sekiranya client di timpa musibah.

Kita biasa lihat kisah di akhbar-akhbar tentang kesusahan sesebuah keluarga apabila si suami selaku pencari rezeki yg utama, meninggal dunia ataupun hilang upaya kekal. Kisah-kisah seperti ini hampir setiap hari disiarkan di akhbar-akhbar utama.

Tak cukup dengan itu, terdapat juga rancangan di stesen-stesen TV yang menyiarkan masalah kesusahan sesebuah keluarga dan meminta simpati orang ramai. Dan alhamdulillah ramai yang menderma. 

Dari satu  segi pula, ini menunjukkan kegagalan seorang suami membuat perancangan sekiranya sesuatu musibah berlaku samada kematian atau pun hilang upaya kekal.

Mungkin ada yang menyatakan untuk membeli takaful itu mahal dan jumlah perlindungan pula sikit, saya tidak menafikan perkara ini. Bagi saya ini disebabkan agen-agen takaful yang hanya mementingkan sales dan komisen dan tidak membuat proposal yang dapat menyelesaikan masalah client.

Lagi satu, sikap client sendiri yang tidak ingin mengambil tahu tentang plan takaful yang diambil. Saya biasa berjumpa dengan prospect yang menyatakan yang dia dah ada takaful, tetapi bila di tanya berapa cover (jumlah perlindungan), jawabnya "tak tau lah, tapi aku bayar RM... sebulan". 

Sikap sebegini juga lah yang membuatkan takaful dipandang serong, menipu dan sebagainya. Manakan tidak, sekiranya berlaku musibah(kematian) terhadap clientt tadi, 
antara perkara yang pertama di cari oleh isteri dan anak-anak ialah sijil takaful, "arwah ada beli takaful dulu" katanya. 

Bila di lihat jumlah perlindungan hanyalah RM50,000.

Soalannya berapa lama RM50,000 itu dapat menampung perbelanjaan keluarga tersebut. Itu belum lagi hutang-hutang yang di tinggalkan oleh arwah...

Jadi di sini, kesedaran tentang keperluan takaful itu penting, tetapi bukan setakat ambil takaful tetapi anda kena pastikan yang takaful yang anda ambil itu dapat menyelesaikan masalah keewangan anda sekiranya musibah datang.

Jadi kesimpulannya:

1. Kepada yang belum ada takaful - Cepat-cepat ambil takaful. Buat lah perbandingan dari 2 - 3 syarikat

2. Kepada yang dah ada takaful - Check adakah plan yang anda ambil sekarang dapat menyelesaikan masalah anda sekiranya berlaku sesuatu musibah.

3. Kepada konsultant2 takaful - Beri lah solution yang dapat menyelesaikan masalah client.

4. Kepada para Isteri - Pastikan suami anda mempunyai takaful yg mencukupi dan andalah penerima hibah.

5. Kepada anak-anak - Tanya bapa anda, "Ayah dah ada takaful?"

Jumpa lagi

Sekiranya ingin menghubungi saya boleh call/sms/whatsapp ke 011-10739721

Thursday, 24 September 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Salam sejahtera,

Selamat Hari Raya Aidil Adha
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam di seluruh dunia. 

Semoga kita sama-sama saling bermaafan dan menghayati makna kurban sebenarnya. Aamiin...

Seperti yang kita sedia maklum Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban adalah bersempena peristiwa Nabi Allah Ibrahim di perintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. 

Yang mana akhirnya Allah telah menukar Nabi Ibrahim dengan seekor kibas.

Apa yang ingin saya katakan di sini adalah keimanan yang begitu hebat yang dipunyai oleh Nabi Allah Ibrahim. 

Selain dari itu cuba kita luaskan skop pandangan kita.

Cuba kita fikirkan atau kenangkan ada tak orang yang pernah berkorban untuk kita? errr... rasa macam tak de...tapi sebenarnya ada.

Yang pertama sekali adalah ibu kita, ibu kita berkurban sewaktu mengandungkan kita, melahirkan kita dan membesarkan kita.

Yang kedua bapa kita. Sebagai bapa, bapa kita telah berkurban untuk mencari nafkah untuk memberi makan , pakai, pelajaran dan sebagainya.

Dah juga guru-guru kita yang pernah mengajar kita. Saya percaya guru-guru yang pernah mengajar saya telah membuat pengorbanan dalam mendidik saya dari kecil hingga lah ke menara gading.

Jadi selain dari kita menghayati peristiwa Nabi Allah Ibrahim, saya rasa kita patut juga mengingati insan-insan yang telah berkorban untuk kita.

Hanya Allah yang dapat membalas pengorbanan mereka. Aamiin


Monday, 8 June 2015

Menghayati Konsep Takaful

Salam sejahtera,

Sesetengah dari kita apabila di tanya tentang Takaful akan cuba mengelak diri dari terus berbual. Saya kurang pasti apa yang terfikir difikiran mereka apabila mendengar perkataan takaful. Apakah imej yang tergambar di fikiran mereka ini bila mana di tanya "Dah ada takaful ke belum?"


Mungkin mereka ini beranggapan takaful adalah SCAM, takaful adalah menipu, dan sebagainya. Namun saya beranggapan baik dan bagi saya ramai lagi yang kurang memahami tentang konsep takaful.

Di bawah ini saya sertakan artikel dati website IKIM yang bertajuk keperluan menghayati konsep takaful.

Takaful diasaskan dengan konsep tolong-menolong. Dalam amalan tradisi masyarakat tempatan, tolong-menolong menjadi aspek penting dalam kehidupan. Ia merupakan satu fitrah kehidupan manusia. Manusia yang mempunyai kelebihan dan kepandaian yang berbeza-beza sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Dengan tolong-menolong, mereka bukan sahaja dapat memenuhi hajat individu bahkan dapat meringankan beban kehidupan dengan ada sokongan dan bantuan daripada individu yang lain. Contoh terbaik dalam aspek tolong-menolong di kalangan masyarakat kita ialah tabung khairat kematian... Baca seterusnya di link di bawah

Keperluan menghayati konsep takaful

Selepas membaca artikel, anda boleh memberikan komen apa sahaja berkenaan Takaful.

Terima kasih.

Monday, 1 June 2015

Kisah untuk renungan

Salam sejahtera,

Alhamdulillah sekarang anda mempunyai kerjaya yang boleh dibanggakan. Gaji pun bagus, dapat sediakan rumah 2 tingkat dengan 4 bilik. Di situlah isteri dan 3 orang anak tinggal.

Setiap tahun sekurang-kurangya 2 kali anda bawa keluarga anda pergi melancung dalam negara atau pun luar negara. Setiap kali cuti sekolah anda akan cuba sedaya upaya luangkan anda untuk pergi bercuti dengan keluarga, tak kisahla dalam negara atau pun luar negara. Sebab yang penting anda dapat bersama isteri tercinta dan 3 orang anak yang comel2. Anda percaya 'quality time' sangat penting dalam membesarkan keluarga anda.

Anak yang pertama akan menhadapi UPSR pada tahun ini, yang kedua dalam darjah 3. Manakala yang bongsu pula berusia 5 tahun. Kesemuanya mempunyai cita-cita tinggi. Yang pertama ingin menjadi angkasawan…kerana terpengaruh dengan kejayaan angkasawan Malaysia yang pertama  iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha. Anak yang kedua pula bercita-cita menjadi Doktor manakala yang ketiga masih belum mengetahui apa itu cita-cita. Setiap kali di tanya akan berubah lah cita-citanya…maklumla budak lima tahun.

Untuk memastikan cita-cita anak anda tercapai anda sanggup menghantar anak anda ke private school yang mempunyai rekod keputusan peperiksaan yang baik. Tusion juga anda tidak lupa, disamping kelas agama.

Seboleh-bolehnya anda tidak mahu menyusahkan isteri anda, jadi pengankutan pergi balik sekolah, tusyion serta kelas agama semuanya anda bayar transport company.

Anda selalu bersyukur dengan apa yang anda ada. Setiap kali lepas solat, anda tak pernah lupa untuk menyatakan betapa bersyukurnya anda dengan apa yang Allah kurniakan. Dan anda berdoa agar apa yang anda dapat sekarang di kekalkan.

Sebagai seorang anak  yang terdidik dengan akhlak yang baik, anda tidak melupakan kedua ibu dan bapa anda.
Anda selalu mendoakan mereka, anda selalu mungirimkan wang sebanyak RM1000 sebulan untuk  kedua org tua anda. Sebulan sekali pasti anda akan menjengok mereka di kampong. Kalau talipon tu memang hari-hari anda talipon bertanya khabar.

Rumah di kampong pun anda dah baiki dan begitu selesa sekali kedua ibu dan bapa anda tinggal di dalamnya.

Orang-orang kampong memuji kedua orang tua anda kerana mempunyai anak yang mengenang jasa kedua orang tua, sedikit sebanyak anda merasa bangga juga bila pujian itu sampai ketelinga anda, walaupun anda tahu itu adalah kurniian dari Allah. Tanpa kurniaan dari Allah mana mungkin anda akan mengecapi semua ini.

Langit tidak selalu cerah, air laut pun ada pasang surutnya begitu jugalah dengan kehidupan. Suatu hari anda mendapat kemalangan dan anda lumpuh…

Anda terlantar di hospital selama sebulan dan tinggal dirumah selepas itu. Isteri anda kena menguruskan anda serta anak-anak. Wang simpanan anda boleh la bertahan selama 6 bulan.

Nasib baik kos hospital ditanggung oleh majikan anda dahulu. Kerana selepas anda disahkan lumpuh selama-lamanya syarikat telah menghantar notis memberhentikan anda dari syarikat dengan sedikit pampasan. Dengan duit pampasan dan simpanan anda boleh la keluarga anda bertahan selama setahun.

Oh ya anda terlupa yang anda ada membuat simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Isteri anda perlu pergi ke Pejabat KWSP untuk menguruskan process pengeluaran. Pada masa yang sama perlu menguruskan anda, ya lah anda tidak mampu menguruskan diri anda sendiri. Segala-galanya memerlukan bantuan isteri anda, dari mandi, buang air, makan dan solat dan lain-lain lagi.

Anak-anak juga perlu kesekolah., makanan perlu disediakan. Itu belum lagi dengan kerenah anak-anak yang bergaduh sesama sendiri, hari-hari anak akan tanya mengapa ayah jadi macam itu, bila ayah anak sembuh dan macam-macam lagi soalan.

Hutang pinjaman rumah dan kereta perlu di bayar. Disebabkan anda tidak percaya kepada insuran/takaful anda tidak membuat MRTA semasa membeli rumah. Dalam kesibukan isteri anda dengan aktiviti seharian menguruskan rumah tangga berseorangan, isteri anda perlu pergi ke Pejabat KWSP untuk menguruskan pengeluaran wang KWSP anda. Ye lah wang simpanan semakin berkurang, perbelanjaan harian pulan semakin bertambah. Ini disebabkan kos ubat ubatan dan 'maintenance' diri anda yang nak tak nak perlu di sediakan.

Maka terkial-kial la isteri anda menguruskan semua itu. Untuk menguruskan pengeluaran KWSP anda, isteri anda perlu pergi ke pejabat KWSP berulang kali…aduhhh…macam-macam kerenah birokrasi.

Di sebabkan aktiviti harian isteri anda bertambah dan kepala yang berserabut memikirkan hal keluarga, isteri anda jatuh sakit…aduhh…jem di buatnya.

Yelah memang ada adik beradik  yang datang menolong, menghulurkan sekeping dua note berwarna merah, tapi setakat itu jelah. Tak cukup untuk meneruskan kehidupan anda. Memang anda telah membuat 'ádjustment' dari segi life style kehidupan anda sebelum ini…itu pun kerana terpaksa. Apa akan terjadi tahun hadapan, 5 tahun akan datang…serabut kepala anda memikirnya.

Macamana cita-cita anak-anak anda, macamana ibu bapa anda di kampung, kalau sebelum ini anda dapat mengirimkan RM1000 sebulan, tapi kini…

Anda terpaksa mengakui anda bukan lagi seorang hero untuk keluarga anda dan juga ibu bapa anda, sebaliknya anda merupakan tanggungan, bebanan atau pun liability kepada orang yang anda sangat sayangi…

Di sini lah pentingnya anda mempunyai atau pun membuat INCOME REPLACEMENT. Dengan income replacement keluarga anda akan dapat menikmati apa yang mereka nikmati semasa anda sihat. Of course anda masih lumpuh, tetapi isteri anda tidak berserabut kepalanya memikirkan masalah keewangan kerana setiap bulan anda masih lagi mendapat income seperti mana anda sihat dan bekerja walaupun sekarang anda sudah tidak bekerja.

Tuesday, 19 May 2015

Manfaat Takaful dihibahkan berbanding faraid

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bertemu lagi setelah hampir sebulan blog ini tidak di update.

OK, kali ini saya sertakan artikel dari akhbar Berita Harian bertarikh 16 Mei 2015 yang lepas yang ditulis oleh Hakimah Yaacob

Artikel itu bertajuk Manfaat Takaful di Hibah berbanding faraid.

Peserta takaful boleh menarik nafas lega apabila Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara mengeluarkan satu resolusi bahawa takaful boleh dihibahkan. Ini bermaksud sebarang faedah kematian boleh diberi terus kepada penama tanpa perlu difaraidkan. 

Keputusan MPS pada 5 November 2014 berasaskan pertimbangan memandangkan peserta memilih untuk membahagikan manfaat takaful kepada penama secara hibah ketika hidup (peserta), adalah adil dan munasabah jika setiap penama mendapat bahagian sama rata bukan peratusan bahagian masing-masing. 

Kaedah itu boleh mengelakkan timbulnya persengketaan sesama penama jika satu pihak mendapat bahagian yang lebih berbanding pihak lain. Dalam kes kematian penama sebelum kematian peserta dan tiada penamaan baharu dibuat, hibah manfaat akan dikembalikan kepada peserta kerana tiada penerima bahagian hibah itu. 

Oleh itu, bahagian manfaat itu hendaklah diurus berdasarkan hukum dan prinsip faraid selepas kematian peserta kerana manfaat itu akan menjadi sebahagian daripada harta peserta.

MPS pada mesyuarat ke-114 pada 28 Julai 2011 juga memutuskan jika penamaan dibuat kepada lebih daripada seorang benefisiari tanpa menyatakan bahagian peratusan masing-masing, pembahagian manfaat takaful perlu diberi secara sama rata kepada setiap penama sebagai benefisiari. 

Resolusi ini dinyatakan dengan jelas dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dalam Jadual 5 yang mengatakan peserta takaful berhak menamakan sesiapa sahaja sama ada sebagai penama atau pentadbir bagi faedah takaful. 

Apa itu hibah?

Hibah bermaksud pemberian pemilikan sesuatu barang kepada seseorang tanpa sebarang balasan. Ia adalah kontrak satu pihak dan mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). 

Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat, iaitu barang atau harta yang halal serta mempunyai nilai di sisi syarak. Barang dihibahkan mestilah wujud ketika dihibahkan. Mengikut Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali, hibah terhadap harta yang dikongsi yang tidak boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. 

Mengikut Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan daripada penggadai atau peminjam. Ini juga terpakai kepada rumah yang diinsuranskan di bawah MRTA yang ingin dihibahkan perlu mendapatkan keizinan dari pihak bank. 

Hibah terletak di bawah bidang kuasa pentadbiran agama Islam di setiap negeri dan secara langsung ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ini dinyatakan dengan jelas dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. 

Kebanyakan Mahkamah Syariah menggunakan perkataan 'alang' sama ada ketika marad-al-maut, alang hayat atau ketika hidup dan 'penyelesaian yang dibuat tanpa balasan' merujuk kepada hibah atau pemberian. 

Penggunaan perkataan sama dapat dilihat dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri seperti Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Peserta takaful ada hak Seksyen 46 (2) (b), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah, termasuk mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding berkaitan wasiat atau alang ketika marad-al-maut, alang ketika hidup atau penyelesaian dibuat tanpa balasan memadai dengan wang atau nilaian wang. 

Undang-undang sudah memberikan kuasa penuh kepada peserta takaful dalam melantik penama sebagai pemegang amanah, pentadbir atau penerima hibah. Kebanyakan syarikat takaful hari ini menyediakan takaful berserta pelaburan. Ini juga terpakai kepada simpanan akaun pelaburan takaful, melainkan peserta telah mengatakan dengan jelas sebaliknya. 

Berbeza dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), penama hanyalah pentadbir. Ini diputuskan mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 yang mengatakan lantikan penama oleh orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi mereka menyimpan adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka cuma ia sebagai pelaksana untuk membahagi harta pusaka itu kepada waris mengikut hukum syarak. 

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-49 pada 10 September 2000 menjelaskan, wang KWSP dan wang simpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid. Penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut hukum faraid. 

Selangor turut mewartakan Hukum Simpanan Wang KWSP pada 9 Mei 2002 bagi ahli beragama Islam yang meninggal dunia yang menjelaskan bahawa wang KWSP yang disimpan ahli dianggap harta pusaka. Kaedah pembahagian harta pusaka adalah tertakluk kepada hukum faraid.

Artikel asal boleh dibaca di http://www.bharian.com.my/node/55193


Friday, 24 April 2015

Salam Sejahtera,

ISTILAH-ISTILAH INSURANS yang ejen2 sendiri seringkali keliru:

WAITING PERIOD - Tempoh yang perlu dilepasi sebelum coverage insurans bermula. Contoh, waiting period 120 hari. Penyakit wujud selepas 120 hari baru covered. Kalau wujud sebelum tu, tak covered.

COOLING OFF PERIOD - tempoh bertenang di mana pelanggan boleh teliti polisi insurans dalam masa 14 hari dan membatalkan polisi tersebut jika tak suka. Coverage akan dibatalkan dan caruman akan dipulangkan semula

GRACE PERIOD - tempoh ihsan yang diberikan jika lewat bayaran caruman dari tarikh renewal. Contoh jika bayar dalam masa 30 hari dari tarikh renewal, polisi masih hidup dan tidak lapsed. Jika bayar selepas 30 hari lewat, polisi akan lapsed.

CO-TAKAFUL - pembayaran bersama yang dikenakan setiap kali buat tuntutan. Contoh medical kad kenakan co-takaful 10%, setiap kali masuk hospital. Maka 10% dari bil rawatan perlu ditanggung sendiri

CO-PAYMENT - pembayaran bersama yang dikenakan ke atas bil-bil perubatan lain (selain kos bilik & makan minum) bila pelanggan suka-suka upgrade bilik wad melebihi dari had harian yang dibenarkan. Contoh had harian Room & Board adalah 250 sehari. Masuk bilik RM300 sehari. Maka caj perbezaan bilik setiap hari RM50 akan dikenakan, ditambah dengan 10% dari bil bil lain.

Thursday, 8 January 2015

10 Keistemawaan Medikal Kad MAA Takaful.

Salam Sejahtera,

Dalam post kali ini saya ada menyenaraikan 10 keistimewaan yang terdapat pada medikal kad MAA Takaful.

1. Nikmati Manfaat Seumur Hidup Tanpa Had - dengan MEDICA2015 anda tidak perlu bimbang mengenai had seumur hidup. Kami menawarkan manfaat seumur hidup tanpa had yang mana ianya membolehkan anda menikmati rawatan perubatan dan perkhidmatan yang berkualiti sepanjang hayat.

2. Diskaun Tanpa Tuntutan – sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam tempoh tersebut, MEDICA2015 memberi ganjaran sebanyak 20% diskaun tanpa tuntutan daripada caruman1 tahunan anda yang seterusnya.

3. Nikmati Perlindungan Perubatan Yang Komprehensif Tanpa Ko-Takaful – MEDICA2015 bukan hanya menjaga segala keperluan perubatan, malahan ianya juga menawarkan jaminan kewangan. Dengan kemudahan tanpa ko-takaful bagi pesakit yang dimasukkan he hospital, anda yakin dan fokus untuk memastikan anda lebih sihat dan kami akan menjaga yang selebihnya.

4. Pendapat Perubatan Kedua2 (Second  opinion) – anda berhak untuk mengetahui yang anda perlu mendapatkan rawatan yang terbaik untuk penyakit anda. Sebab itulah kami menyediakan kemudahan untuk anda mendapatkan nasihat perubatan kedua di atas penyakit yang anda hadapi, mana-mana 46 penyakit kritikal.

5. 6 Pilihan Pelan Perubatan Yang Komprehensif Dan Berpatutan – dengan MEDICA2015, anda diberi 6 pilihan pelan yang komprehensif dan berpatutan. Apa yang anda perlu lakukan adalah memilih pelan yang paling sesuai dengan keperluan anda, dan kami akan menjaga keperluan anda dengan sewajarnya.

6. Tanpa Tunai, Bantuan 24-Jam Dan Kemasukan Hospital Yang Mudah – bebaskan diri anda daripada bebanan proses pengurusan hospital. MEDICA2015 memastikan anda dimasukkan ke dalam mana-mana hospital panel pilihan dan kami akan menjaga segala keperluan perubatan anda selepas itu.

7. Rawatan Kanser Dan Dialisis Buah Pinggang Seperti Yang Dicaj – MEDICA2015 menyediakan kos rawatan untuk kedua-dua kanser dan dialisis buah pinggang seperti yang dicaj bagi menampung kos rawatan yang semakin meningkat.

8. Perlindungan Di Mana Saja Anda Berada – Melanconglah ke seluruh dunia dengan penuh keyakinan. Sama ada anda mempunyai urusan perniagaan atau bercuti, MEDICA2015 memberikan anda bantuan perubatan kecemasan di mana sahaja anda berada di seluruh dunia. Anda boleh melancong dengan penuh ketenangan fikiran, mengetahui bahawa anda akan dilindungi dengan manfaat-manfaat seperti berikut:

 • Program Bantuan Antarabangsa
Pemindahan perubatan kecemasan, penyeliaan penghantaran balik dari segi perubatan, penghantaran ubatan yang tidak boleh didapati di pasaran tempatan, penghantaran balik mayat, kepulangan anak-anak di bawah tanggungan, khidmat bantuan 24 jam untuk rujukan perubatan dan sebagainya.

• Bantuan Perjalanan3

Menyediakan maklumat berkaitan inokulasi, keperluan visa, bantuan penemuan kehilangan bagasi, dokumen dan barang-barang persendirian, maklumat cuaca, maklumat pertukaran asing, aturan dan informasi penerbangan, rujukan perundangan, rujukan penterjemah dan penyampaian mesej kecemasan.

• Bantuan Kereta3
Penundaan kecemasan 24 jam dan pembaikan kecil di tepi jalan, bantuan kereta sewa, bantuan urusan penginapan hotel
dan rujukan kepada pusat-pusat perkhidmatan yang lain.
• Bantuan Kediaman3
Perkhidmatan membaiki paip, tukang kunci, pembaikan am dan kawalan serangga perosak.

9. Pembaharuan Dijamin - Pembaharuan bagi pelan MEDICA2015 ini adalah dijamin sehingga umur 80 tahun. Ini akan memberi keselesaan kepada anda dan keluarga anda selagi caruman dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

10. Manfaat Khairat Kematian - Kami menyediakan Manfaat Khairat Kematian sebanyak RM5,000 yang mana ianya akan dibayar apabila berlakunya kematian atas apa jua sebab.

Sebarang pertanyya atau inginkan maklumat lanjut SMS ke 011-10739721.
Boleh juga hubungi saya di whatsapp & Telegram ke no: 011-10739721

Jumpa lagi

Saturday, 24 May 2014

Kepentingan Takaful

Salam Sejahtera, Kesedaran tentang apa itu Takaful, dan juga kepentingan mengambil atau memiliki sijil Takaful masih lagi kurang dikalangan masyarakat melayu. Ramai menganggap Takaful membebankan dan bukan satu keperluan.

Biasanya apabila dugaan dari Allah tiba dalam bentuk musibah seperti kemalangan, barulah kita merasakan pentingnya memiliki Takaful.

Semoga video di bawah dapat memberi sedikit penjelasan tentang Takaful.

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya di 011-10739721 (Call/sms/whatsapp/LINE)




  


Jumpa lagi

Tuesday, 28 January 2014

Ustaz Azhar Idrus : Syirik Akibat Ambil Takaful!!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Tengok pada tajuk tentu ramai yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Syirik akibat ambik Takaful? Bukan kah Takaful itu halal di sisi Islam. Majlis fatwa kebangsaan pun telah memfatwakan yang system Takaful yang dijalankan di Malaysia adalah patuh syariah. Jadi macammana pula boleh jadi syirik?

OK, jom kita tengok video dari UAI - Ustaz Azhar Idrus bagaimana kita boleh syirik akibat ambil Takaful. Moga kita sama-sama belajar.



So macamana jelaskan.
Ya, kita mengambil Takaful dengan harapan keluarga atau orang yang menerima wang pampasan itu dapat meneruskan hidup tetapi kita kena ingat susah senang ALLAH yang tentukan. Kita sekadar berusaha dan berikhtiar manakala ALLAH yang menentukan.

Sebab apa? Sebab ALLAH adalah perancang yang terbaik.

Dalam post yang sebelum ini saya ada sertakan video berkenaan soalan tentang Takaful. Boleh lihat di sini ya.

Jumpa lagi

Wednesday, 15 January 2014

Ustaz Azhar Idrus: Soal Jawab Tentang Takaful dan Insuran

Assalamualaikumdan Selamat Sejahtera,

Dalam post kali ini saya sertakan video dari Youtube berkenaan soalan yang di tanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus.

Soalannya ialah apa hukum, selepas menyertai Insuran/Takaful kemudian si pencarum meninggal dunia. Duit yang diperolehi oleh waris lebih banyak dari yang telah dicarum. Adakah wang tersebut Riba?

Satu soalan yang baik dan saya percaya ramai yang ingin tahu jawapannya. Jom tengok video di bawah.


Jumpa lagi.

Wednesday, 1 January 2014

Fatwa-fatwa Ulama Malaysia berkenaan Insuran dan Takaful


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Dalam post yang lepas saya ada sertakan link ke laman web e-fatwa berkenaan fawta berkenaan Insuran nyawa.

Sebenarnya ada beberapa fatwa lagi yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Malaysia, antaranya ialah:

  1. Hukum mempromosikan produk insurans konvensional menurut perspektif syariah. - "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan."  Anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini  
  2. Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Fatwa ini adalah berkenaan status wang pampasan yang diterima dari polisi insuran konvensional selepas kematian pembeli polisi. Bolehkan digunakan wang tersebut? Jom baca di sini.

  3. Hukum Pelaksanaan Takaful Di Malaysia - Fatwa ini pula berkenaan perlaksanaan Takaful di Malaysia, adakah ianya mengikut hukum syarak? Jom baca di sini. 

Semoga kita sama dapat menambah ilmu pengetahuan dan meningalkan Insuran konvensional dan beralihlah kepada insuran Islam atau Takaful. Seperti biasa saya boleh dihubungi di talian 011-10739721.

Jumpa lagi.

Sunday, 15 December 2013

Fatwa Berkenaan Insuran Nyawa.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Persoalan yang biasa didengar bila mempekatakan tentang Insuran dan Takaful ialah apakah perbezaannya.

Jawapan yang paling mudah ialah Takaful itu halal manakala Insuran itu haram. Kenapa Insuran itu haram?

Jawapannya saya petik dari Website Rasmi Fatwa Malaysia yang memutuskan Insuran itu haram kerana mengandungi unsur-unsur gharar (ketidak-tentuan), unsur judi dan mengandungi muamalah riba. Oh ya! Fatwa ini dikeluarkan pada tahun 1979!

Anda boleh baca lebih lanjut melalui link di bawah.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/insurans-0

Jumpa lagi.

Sunday, 1 December 2013

Bagaimana Takaful Haji Dapat Membantu Anda Menunaikan Ibadat Haji.

Assalamualaikum,

Musim haji baru saja berlalu dan diharapkan semua jemaah mendapat haji mabrur. Anda pula bagaimana? Tak teringin ke nak menunaikan Haji? Saya percaya anda teringain dan mempunyai niat untuk menunaikan ibadat haji.

Malahan mejority umat Islam mempunyai niat untuk menunaikan haji. Ya, niat itu penting dan dengan niat betul insyaAllah Allah akan makbulkan.

Namun begitu apa yang menghalang kita dari mununaikan ibadat haji? Antara halangannya ialah wang, masa dan terpaksa menunggu giliran. Berita terbaru amat mengejutkan bila Menteri yang berkenaan menyatakan yang umat Islam Malaysia perlu mununggu 50 tahun baru dapat menunaikan ibadat haji. 

Ini bermakna sekiranya anda mendaftar pada hari ini untuk menunaikan haji  dengan Tabung Haji, anda hanya dapat menunaikan haji pada tahun 2063!!!

Anda kiralah sendiri berapa umur anda pada masa tersebut. Ini disebabkan terpaksa menunggu giliran. Namun dengan niat yang ikhlas insyaAllah impian kita akan tercapai.

Tetapi niat yang ada perlu ditambah dengan usaha yang bersungguh-sungguh dengan mengambil segala peluang yang ada didepan mata kita. Antara peluang yang ada didepan mata kita adalah program Takaful Haji yang ditawarkan oleh MAA Takaful. Program Takaful Haji ini bukanlah untuk menyaingi Tabung Haji malah ia adalah pelengkap kepada simpanan haji yang anda ada sekarang.

Teruskan membaca untuk mengetahui tantang Takaful Haji yang di tawarkan oleh MAA Takaful.

Untuk menunaikan haji kita mempunyai 2 cara iaitu dengan cara muhassasah atau swasta. Muassasah bermaksud ikut giliran. Manakala swasta pula sekiranya anda mempunyai duit lebih anda boleh menunaikan haji lebih awal, namun wang yang diperlukan adalah jauh lebih tinggi berbanding menggunakan tabung haji.

Jadi MAA Takaful memperkanalkan pakej TAKAFULINK HAJJ yang mana ia merupakan satu pelan perlindungan, simpanan dan pelaburan yang terbaik untuk anda dan orang tersayang. Ini kerana plan ini memberi perlindungan untuk anda, juga simpanan bagi menunaikan ibadat haji.

Menyimpan wang untuk ke Tanah Suci adalah satu usaha yang murni. Namun langit tidak selalunya cerah, suatu yang tidak diingini mungkin berlaku. Kematian di awal usia atau lumpuh akan menyebabkan usaha untuk menyimpan wang ke Tanah Suci terhenti dan sudah tentu hajat ke Tanah Suci terkubur.

Dibawah pelan TAKAFULINK HAJJ anda boleh merancang untuk menyimpan dengan lebih efisyen, disamping menikmati PELBAGAI FAEDAH dan MANFAAT yang tidak terdapat di Institusi Kewangan lain, iaitu :-

1-Simpanan + Dividen
2-Dana Hibah (Untuk Kematian & Hilang Upaya Kekal) Minimum RM20,000
3-Dana Badal Haji/Upah Haji + WAQAF + QURBAN (RM5000,00)
4-Khairat Kematian (RM2000,00)
5-Dana Ziarah (Untuk Kematian & Hilang Upaya Kekal Yang Berlaku Di Tanah Suci) +RM 20,000
6-Pelepasan Cukai Sehingga RM 6000.00
7-Dividen Tahunan (Anggaran : antara 9% ke 16%)
8-Tabung Penyakit Kritikal : Melindungi 46 Jenis Penyakit Kritikal
9-Pengecualian Caruman : Simpanan diteruskan oleh MAA Takaful jika pencarum terkena salah satu penyakit kritikal
10-Elaun wad - elaun harian jika dimasukkan ke hospital atas sebarang penyakit
11-Kad Perubatan - tanpa had seumur hidup dan tiada ko-takaful

"TAKAFULINK HAJJ ISTIMEWA DENGAN PAKEJ HIBAH-Simpanan & Pampasan 100% Milik Penama Tanpa Perlu Di Faraid Atau Melalui Amanah Raya"

*PERLINDUNGAN BERGANDA JIKA BERLAKU KEMATIAN/LUMPUH DI ARAB SAUDI

Segala pertanyaan lanjut sila hubungi saya (call/SMS/Whatsapp) terus di talian:

011-10739721
Thalib
Perunding Takafulink Hajj
email : muthalib.maatakaful@gmail.com

Secara ringkasnya, dengan pakej Takaful Haji, anda dapat menunaikan haji lebih awal, dan sekiranya anda dijemput oleh Allah lebih awal keluarga anda akan mendapat wang simpanan dan yang lebih penting keluarga anda tidak risau kerana MAA Takaful akan menguruskan badal haji untuk anda.

Jadi keluarga yang di tinggalkan akan merasa lebih tenang.

“ANDA PERLUKAN TAKAFUL BUKAN KERADA ANDA AKAN MATI, TETAPI KERANA SESEORANG PERLU TERUSKAN HIDUP SELEPAS KEMATIAN ANDA”

Fikir-fikirkan...