Friday, 17 July 2015

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Salam Sejahtera,

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin pada semua pembaca blog ini.

Diharapkan semua dapat beraya dengan orang yang tersayang. Jangan lupa berhati-hati memandu sepanjang musim perayaan ini dan jangan lupa jaga pemakanan.

Saya sekeluarga akan beraya di kampong halaman saya di Pahang.

Selamat Hari Raya

Friday, 10 July 2015

Pelan Simpanan Haji dengan MAA Takaful

Salam sejahtera,
Salah satu produk MAA Takaful adalah Simpanan Haji. Ia adalah satu pruduk yang memfokuskan kepada simpanan.

Kalau sebelum ini saya banyak menekan kepada Income Replacement atau ganti pendapatan, tetapi kali ini saya bawa contoh pelan simpana Haji.

PELAN SIMPANAN HAJI & UMRAH dengan faedah Takaful 
Pelan yang berfokuskan simpanan untuk anda pergi haji dengan lebih cepat
Buka akaun simpanan haji bersama MAA Takaful 

Apa kelebihan kami?

1) Simpanan dilaburkan seperti unit amanah dengan caj khidmat cuma 5% berbanding 6.5% (untuk unit amanah)
2) Prestasi pelaburan setanding unit amanah (purata 5%-8% setahun)
3) Khairat kematian RM2,000
4) Khairat tambahan RM5,000 (upah haji, qurban dan waqaf) 
5) Pampasan kematian/lumpuh sebarang punca RM30,000
6) Pampasan kematian/lumpuh kemalangan RM60,000
7) Pampasan kematian/lumpuh kemalangan di Arab Saudi RM90,000
8) Auto-Saver caruman percuma bila anda sakit kritikal 46 jenis
9) Kemudahan hibah percuma untuk agihan pusaka dalam 1-2 bulan
10) Kemudahan mewaqafkan tabung simpanan sebagai amal jariah 
11) Pengeluaran simpanan pada bila-bila masa (tertakluk kepada syarat)
12) Boleh menyimpan melalui potongan kad kredit dan bank

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui sms atau Whatsapp di no 011-10739721.



Monday, 8 June 2015

Menghayati Konsep Takaful

Salam sejahtera,

Sesetengah dari kita apabila di tanya tentang Takaful akan cuba mengelak diri dari terus berbual. Saya kurang pasti apa yang terfikir difikiran mereka apabila mendengar perkataan takaful. Apakah imej yang tergambar di fikiran mereka ini bila mana di tanya "Dah ada takaful ke belum?"


Mungkin mereka ini beranggapan takaful adalah SCAM, takaful adalah menipu, dan sebagainya. Namun saya beranggapan baik dan bagi saya ramai lagi yang kurang memahami tentang konsep takaful.

Di bawah ini saya sertakan artikel dati website IKIM yang bertajuk keperluan menghayati konsep takaful.

Takaful diasaskan dengan konsep tolong-menolong. Dalam amalan tradisi masyarakat tempatan, tolong-menolong menjadi aspek penting dalam kehidupan. Ia merupakan satu fitrah kehidupan manusia. Manusia yang mempunyai kelebihan dan kepandaian yang berbeza-beza sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Dengan tolong-menolong, mereka bukan sahaja dapat memenuhi hajat individu bahkan dapat meringankan beban kehidupan dengan ada sokongan dan bantuan daripada individu yang lain. Contoh terbaik dalam aspek tolong-menolong di kalangan masyarakat kita ialah tabung khairat kematian... Baca seterusnya di link di bawah

Keperluan menghayati konsep takaful

Selepas membaca artikel, anda boleh memberikan komen apa sahaja berkenaan Takaful.

Terima kasih.