Monday, 8 June 2015

Menghayati Konsep Takaful

Salam sejahtera,

Sesetengah dari kita apabila di tanya tentang Takaful akan cuba mengelak diri dari terus berbual. Saya kurang pasti apa yang terfikir difikiran mereka apabila mendengar perkataan takaful. Apakah imej yang tergambar di fikiran mereka ini bila mana di tanya "Dah ada takaful ke belum?"


Mungkin mereka ini beranggapan takaful adalah SCAM, takaful adalah menipu, dan sebagainya. Namun saya beranggapan baik dan bagi saya ramai lagi yang kurang memahami tentang konsep takaful.

Di bawah ini saya sertakan artikel dati website IKIM yang bertajuk keperluan menghayati konsep takaful.

Takaful diasaskan dengan konsep tolong-menolong. Dalam amalan tradisi masyarakat tempatan, tolong-menolong menjadi aspek penting dalam kehidupan. Ia merupakan satu fitrah kehidupan manusia. Manusia yang mempunyai kelebihan dan kepandaian yang berbeza-beza sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Dengan tolong-menolong, mereka bukan sahaja dapat memenuhi hajat individu bahkan dapat meringankan beban kehidupan dengan ada sokongan dan bantuan daripada individu yang lain. Contoh terbaik dalam aspek tolong-menolong di kalangan masyarakat kita ialah tabung khairat kematian... Baca seterusnya di link di bawah

Keperluan menghayati konsep takaful

Selepas membaca artikel, anda boleh memberikan komen apa sahaja berkenaan Takaful.

Terima kasih.

Monday, 1 June 2015

Kisah untuk renungan

Salam sejahtera,

Alhamdulillah sekarang anda mempunyai kerjaya yang boleh dibanggakan. Gaji pun bagus, dapat sediakan rumah 2 tingkat dengan 4 bilik. Di situlah isteri dan 3 orang anak tinggal.

Setiap tahun sekurang-kurangya 2 kali anda bawa keluarga anda pergi melancung dalam negara atau pun luar negara. Setiap kali cuti sekolah anda akan cuba sedaya upaya luangkan anda untuk pergi bercuti dengan keluarga, tak kisahla dalam negara atau pun luar negara. Sebab yang penting anda dapat bersama isteri tercinta dan 3 orang anak yang comel2. Anda percaya 'quality time' sangat penting dalam membesarkan keluarga anda.

Anak yang pertama akan menhadapi UPSR pada tahun ini, yang kedua dalam darjah 3. Manakala yang bongsu pula berusia 5 tahun. Kesemuanya mempunyai cita-cita tinggi. Yang pertama ingin menjadi angkasawan…kerana terpengaruh dengan kejayaan angkasawan Malaysia yang pertama  iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha. Anak yang kedua pula bercita-cita menjadi Doktor manakala yang ketiga masih belum mengetahui apa itu cita-cita. Setiap kali di tanya akan berubah lah cita-citanya…maklumla budak lima tahun.

Untuk memastikan cita-cita anak anda tercapai anda sanggup menghantar anak anda ke private school yang mempunyai rekod keputusan peperiksaan yang baik. Tusion juga anda tidak lupa, disamping kelas agama.

Seboleh-bolehnya anda tidak mahu menyusahkan isteri anda, jadi pengankutan pergi balik sekolah, tusyion serta kelas agama semuanya anda bayar transport company.

Anda selalu bersyukur dengan apa yang anda ada. Setiap kali lepas solat, anda tak pernah lupa untuk menyatakan betapa bersyukurnya anda dengan apa yang Allah kurniakan. Dan anda berdoa agar apa yang anda dapat sekarang di kekalkan.

Sebagai seorang anak  yang terdidik dengan akhlak yang baik, anda tidak melupakan kedua ibu dan bapa anda.
Anda selalu mendoakan mereka, anda selalu mungirimkan wang sebanyak RM1000 sebulan untuk  kedua org tua anda. Sebulan sekali pasti anda akan menjengok mereka di kampong. Kalau talipon tu memang hari-hari anda talipon bertanya khabar.

Rumah di kampong pun anda dah baiki dan begitu selesa sekali kedua ibu dan bapa anda tinggal di dalamnya.

Orang-orang kampong memuji kedua orang tua anda kerana mempunyai anak yang mengenang jasa kedua orang tua, sedikit sebanyak anda merasa bangga juga bila pujian itu sampai ketelinga anda, walaupun anda tahu itu adalah kurniian dari Allah. Tanpa kurniaan dari Allah mana mungkin anda akan mengecapi semua ini.

Langit tidak selalu cerah, air laut pun ada pasang surutnya begitu jugalah dengan kehidupan. Suatu hari anda mendapat kemalangan dan anda lumpuh…

Anda terlantar di hospital selama sebulan dan tinggal dirumah selepas itu. Isteri anda kena menguruskan anda serta anak-anak. Wang simpanan anda boleh la bertahan selama 6 bulan.

Nasib baik kos hospital ditanggung oleh majikan anda dahulu. Kerana selepas anda disahkan lumpuh selama-lamanya syarikat telah menghantar notis memberhentikan anda dari syarikat dengan sedikit pampasan. Dengan duit pampasan dan simpanan anda boleh la keluarga anda bertahan selama setahun.

Oh ya anda terlupa yang anda ada membuat simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Isteri anda perlu pergi ke Pejabat KWSP untuk menguruskan process pengeluaran. Pada masa yang sama perlu menguruskan anda, ya lah anda tidak mampu menguruskan diri anda sendiri. Segala-galanya memerlukan bantuan isteri anda, dari mandi, buang air, makan dan solat dan lain-lain lagi.

Anak-anak juga perlu kesekolah., makanan perlu disediakan. Itu belum lagi dengan kerenah anak-anak yang bergaduh sesama sendiri, hari-hari anak akan tanya mengapa ayah jadi macam itu, bila ayah anak sembuh dan macam-macam lagi soalan.

Hutang pinjaman rumah dan kereta perlu di bayar. Disebabkan anda tidak percaya kepada insuran/takaful anda tidak membuat MRTA semasa membeli rumah. Dalam kesibukan isteri anda dengan aktiviti seharian menguruskan rumah tangga berseorangan, isteri anda perlu pergi ke Pejabat KWSP untuk menguruskan pengeluaran wang KWSP anda. Ye lah wang simpanan semakin berkurang, perbelanjaan harian pulan semakin bertambah. Ini disebabkan kos ubat ubatan dan 'maintenance' diri anda yang nak tak nak perlu di sediakan.

Maka terkial-kial la isteri anda menguruskan semua itu. Untuk menguruskan pengeluaran KWSP anda, isteri anda perlu pergi ke pejabat KWSP berulang kali…aduhhh…macam-macam kerenah birokrasi.

Di sebabkan aktiviti harian isteri anda bertambah dan kepala yang berserabut memikirkan hal keluarga, isteri anda jatuh sakit…aduhh…jem di buatnya.

Yelah memang ada adik beradik  yang datang menolong, menghulurkan sekeping dua note berwarna merah, tapi setakat itu jelah. Tak cukup untuk meneruskan kehidupan anda. Memang anda telah membuat 'ádjustment' dari segi life style kehidupan anda sebelum ini…itu pun kerana terpaksa. Apa akan terjadi tahun hadapan, 5 tahun akan datang…serabut kepala anda memikirnya.

Macamana cita-cita anak-anak anda, macamana ibu bapa anda di kampung, kalau sebelum ini anda dapat mengirimkan RM1000 sebulan, tapi kini…

Anda terpaksa mengakui anda bukan lagi seorang hero untuk keluarga anda dan juga ibu bapa anda, sebaliknya anda merupakan tanggungan, bebanan atau pun liability kepada orang yang anda sangat sayangi…

Di sini lah pentingnya anda mempunyai atau pun membuat INCOME REPLACEMENT. Dengan income replacement keluarga anda akan dapat menikmati apa yang mereka nikmati semasa anda sihat. Of course anda masih lumpuh, tetapi isteri anda tidak berserabut kepalanya memikirkan masalah keewangan kerana setiap bulan anda masih lagi mendapat income seperti mana anda sihat dan bekerja walaupun sekarang anda sudah tidak bekerja.

Tuesday, 19 May 2015

Manfaat Takaful dihibahkan berbanding faraid

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bertemu lagi setelah hampir sebulan blog ini tidak di update.

OK, kali ini saya sertakan artikel dari akhbar Berita Harian bertarikh 16 Mei 2015 yang lepas yang ditulis oleh Hakimah Yaacob

Artikel itu bertajuk Manfaat Takaful di Hibah berbanding faraid.

Peserta takaful boleh menarik nafas lega apabila Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara mengeluarkan satu resolusi bahawa takaful boleh dihibahkan. Ini bermaksud sebarang faedah kematian boleh diberi terus kepada penama tanpa perlu difaraidkan. 

Keputusan MPS pada 5 November 2014 berasaskan pertimbangan memandangkan peserta memilih untuk membahagikan manfaat takaful kepada penama secara hibah ketika hidup (peserta), adalah adil dan munasabah jika setiap penama mendapat bahagian sama rata bukan peratusan bahagian masing-masing. 

Kaedah itu boleh mengelakkan timbulnya persengketaan sesama penama jika satu pihak mendapat bahagian yang lebih berbanding pihak lain. Dalam kes kematian penama sebelum kematian peserta dan tiada penamaan baharu dibuat, hibah manfaat akan dikembalikan kepada peserta kerana tiada penerima bahagian hibah itu. 

Oleh itu, bahagian manfaat itu hendaklah diurus berdasarkan hukum dan prinsip faraid selepas kematian peserta kerana manfaat itu akan menjadi sebahagian daripada harta peserta.

MPS pada mesyuarat ke-114 pada 28 Julai 2011 juga memutuskan jika penamaan dibuat kepada lebih daripada seorang benefisiari tanpa menyatakan bahagian peratusan masing-masing, pembahagian manfaat takaful perlu diberi secara sama rata kepada setiap penama sebagai benefisiari. 

Resolusi ini dinyatakan dengan jelas dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dalam Jadual 5 yang mengatakan peserta takaful berhak menamakan sesiapa sahaja sama ada sebagai penama atau pentadbir bagi faedah takaful. 

Apa itu hibah?

Hibah bermaksud pemberian pemilikan sesuatu barang kepada seseorang tanpa sebarang balasan. Ia adalah kontrak satu pihak dan mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). 

Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat, iaitu barang atau harta yang halal serta mempunyai nilai di sisi syarak. Barang dihibahkan mestilah wujud ketika dihibahkan. Mengikut Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali, hibah terhadap harta yang dikongsi yang tidak boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. 

Mengikut Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan daripada penggadai atau peminjam. Ini juga terpakai kepada rumah yang diinsuranskan di bawah MRTA yang ingin dihibahkan perlu mendapatkan keizinan dari pihak bank. 

Hibah terletak di bawah bidang kuasa pentadbiran agama Islam di setiap negeri dan secara langsung ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ini dinyatakan dengan jelas dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. 

Kebanyakan Mahkamah Syariah menggunakan perkataan 'alang' sama ada ketika marad-al-maut, alang hayat atau ketika hidup dan 'penyelesaian yang dibuat tanpa balasan' merujuk kepada hibah atau pemberian. 

Penggunaan perkataan sama dapat dilihat dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri seperti Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Peserta takaful ada hak Seksyen 46 (2) (b), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah, termasuk mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding berkaitan wasiat atau alang ketika marad-al-maut, alang ketika hidup atau penyelesaian dibuat tanpa balasan memadai dengan wang atau nilaian wang. 

Undang-undang sudah memberikan kuasa penuh kepada peserta takaful dalam melantik penama sebagai pemegang amanah, pentadbir atau penerima hibah. Kebanyakan syarikat takaful hari ini menyediakan takaful berserta pelaburan. Ini juga terpakai kepada simpanan akaun pelaburan takaful, melainkan peserta telah mengatakan dengan jelas sebaliknya. 

Berbeza dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), penama hanyalah pentadbir. Ini diputuskan mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 yang mengatakan lantikan penama oleh orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi mereka menyimpan adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka cuma ia sebagai pelaksana untuk membahagi harta pusaka itu kepada waris mengikut hukum syarak. 

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-49 pada 10 September 2000 menjelaskan, wang KWSP dan wang simpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid. Penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut hukum faraid. 

Selangor turut mewartakan Hukum Simpanan Wang KWSP pada 9 Mei 2002 bagi ahli beragama Islam yang meninggal dunia yang menjelaskan bahawa wang KWSP yang disimpan ahli dianggap harta pusaka. Kaedah pembahagian harta pusaka adalah tertakluk kepada hukum faraid.

Artikel asal boleh dibaca di http://www.bharian.com.my/node/55193