Tuesday, 20 January 2015

Panduan Coverage Takaful

Panduan coverage insurans/takaful.

Salam sejahtera,

Bagaimana cara anda beli Takaful?

Yang biasa ialah kita awal-awal lagi dah tetapkan budget kita, dan kadang-kadang agent itu sendiri yg tetapkan...ala ko ambik jer yg RM100 sebulan.

Memang akhirnya kita ada perlindungan Takaful, tapi persoalannya cukupkah perlindungan kita dengan RM100 sebulan.

Jadi di sini saya sertakan panduan untuk menetapkan coverage bila kita ingin mendapatkan Takaful.

1. Death/TPD -  Mestilah dapat menggantikan 90%-100% dari gaji tahunan secara berterusan. Iaitu dengan kadar purata pulangan pelaburan 8% setahun.

2. Critical Illnesses - Minima RM50,000 atau 2 tahun gaji jika letak waiver. Kalau tak letak waiver, minima 3-4 tahun gaji.

3. Elaun hospital - Cover 90%-100% income bulanan. Untuk yang bukan makan gaji, wajib ada coverage ni.

4. Accident - Wajib ada untuk mereka yang naik motosikal, selalu outing bermotor/berbasikal, gemar bawa kenderaan laju.

5. Hospital - Minima annual limit RM100,000 setahun ke atas.

Itulah sedikit panduan menetapkan coverage Takaful.

Jumpa lagi.

Friday, 16 January 2015

Tips Simpan Duit

Tips Simpan Duit Azha Syazri

Keperluan manusia ni terbahagi kepada 2 kategori saja
1) Simpanan (S) - untuk kegunaan masa depan
2) Perlindungan (P) - untuk melindungi harta dan sumber pendapatannya
Untuk simpanan, bajetkan minima 10%-20% dari income tahunan. Untuk perlindungan, bajetkan around 10% dari income tahunan.
Bagi mereka yang ada disiplin dalam menabung dan sedikit ilmu tentang produk kewangan, elemen simpanan ini boleh diasingkan menggunakan produk-produk lain
Bagi mereka yang tiada disiplin dalam menabung dan perlu dipaksa baru boleh menyimpan (melalui potongan autodebit), elemen simpanan ini perlu digabungkan bersama pelan perlindungan, tetapi diasingkan dalam investment akaun (rider saver), bukan masuk dalam protection akaun (regular premium).

Wednesday, 14 January 2015

Soal Jawab Takaful

Bila perlunya ada wasiat?
Jawapan saya(Azha Syaari Azizan) : 
Bila anda ada harta selain insurans dan takaful.
Tujuan utama buat wasiat, adalah untuk melantik pentadbir, menguruskan harta pusaka anda dan hal hal lain.
Harta seperti faedah insurans / takaful tak perlukan wasiat, melainkan ada keperluan tertentu yang anda ingin laksanakan. Sebab, dalam insurans / takaful, ada hibah bersyarat yang digunakan dalam Akta FSA/IFSA 2013, yang tak sama dengan akta harta pusaka Islam.
Boleh beri hibah pada sesiapa, boleh batal bila-bila, boleh tukar nama bila bila, pampasan yang dihibahkan tak boleh diusik oleh money-lender (bank, finance company etc) dan boleh tetapkan berapa peratusan setiap penerima dapat.
Ada harta lain yang bukan insurans/takaful, baru perlukan wasiat untuk memudahkan pengurusan pusaka. Dan kalau ada keperluan tertentu seperti takut mati bersama (suami dan isteri serentak), maka itu perlukan wasiat.